let's impove our knowledge

 

Berguru dengan kertas?
S:Bagaimanakah ukuran islam terhadap seseorang yang beramal soleh,tertapi segala pengetahuan keagamaanya untuk dia beramal soleh itu diambil atau dipelajari dari buku-buku agama sahaja dan tidak pernah berguru.
\
J:Asas agama dan fardu ain wajiblah dipelajari dari tuan guru yang muktabar yang diiktiraf oleh masyarakat dan pegangan agamanya tidak bercanggah dengan pendapat Ahli-Sunnah Wal Jamaah.Kemudian barulah belajar dengan membaca buku sebagai tambahan.
 ilmu yang ada.

Huraian:Belajar tanpa guru boleh mengakibatkan kita salah tafsir/salah faham.kalau ini berlaku nanti ibadah atau amalan kita tidak tepat sebagaimana yang dikehendaki Allah dan Rasulullah


         ---------------------------------------------------------------------------

Haramnya muzik


S:Benarkah pendapat yang mengatakan muzik sekarang haram?.

J:Ya setiap hiburan yang boleh menimbukan kelalaian dan yang membawa kepaa melupakan Allah adalah salah di sisi syarak lebih-lebih lagi muzik yang menyebabkan percampuran antara lelaki dan wanita sehingga hilang rasa malu dan sopan terhadap orang berlainan jenis.


Huraian:mengenai muzik islam mengharuskan gendang(kompang).selain daripada itu tidak dibenarkan.nyanyian pula hendaklah ada matlamat mendidik masyarakat., untuk itu lagu-lagu hendaklah:
1.memuji allah
2.memuji rasul
3.memuji perjuanga islam
4.memberi semangat
5.memdidik masyarakat

     -----------------------------------------------------------------------------

Surat kepada kekasih

S:Berdosakah sekiranya saya mengutus surat kepada kekasih sedangkan tujuan bersurat itu untuk mencari jodoh?jika berdosa apakah balasannya di akhiratnanti?

J:Berutus surat itu adalah peringkat pertama,kemudian berjanji untuk bertemu,selepas itu bermacam-macam lagi kemungkinan akan berlaku kerana didesak leh nafsu dan syaitan.Tidak mustahil ia akan berakhir dengan membawa kepada zina.leh itu janganlah memulakan.Pasti anda akan selamat.

Huraian:Balasan untuk perbuatan itu mengikut jenis kesalah.Jika mengutus surat sehingga berlaku maksiat,hati sampai berkhayal selalu,tentulah seksaan yang amat pedih di neraka.




untuk entry yang lain aku akan buat post yangbaru sbb kalau post terlampau panjang nnt korang malas baca




No comments:

Post a Comment